Thursday, September 30, 2010

Juara Tomyam Bukit Siput



Semalam hujan malam. Jadi aku yang penting aku mesti pergi kedai yang ada ATAP. Haha. Dan aku pun malas nak pergi jauh-jauh, so aku ke Juara Tom Yam, Bukit Siput atau lebih dikenali dengan Kedai Keris sebab dulu ada keris besar (sekarang tak ada dah). Kedai ni terletak betul2 sebelah pintu rail keretapi, selalulah boleh nampak keretapi lalu kalau duduk situ.

Dulu kedai ni famous, tapi sejak dah bukak banyak cawangan...dekat IOI & Giant yang lebih lawa, so kedai ni makin hilang kefamousan dia. Makanan pun ada kureng sketla. Tempat pun dah tak lawa lagi. Semalam aku makan Nasi + Telur Bungkus + Sup Kosong. Sakit tekak so xnak makan yang banyak minyak. Sedap?? Okla...tapi xde urmm. Kedai nie pun ada western food(chic/lamb chop) n ikan bakar.

Cuma yang bestnye, kedai ni ada free WIFI. So boring2, boleh layan internet kat nset.

Rate aku ? 2 Bintang...korang tryla.

Wednesday, September 29, 2010

D' Anjung Cafe

2 hari lepas aku ke D'Anjung ni, dah lama tak pergi. Staff dia masih ingat aku tue. Tahun lepas customer kedai ni ramai lari sebab tukang masak dia tak sedap. Tapi sejak setahun lepas, diorang dah amik tukang masak baru. Aku tryla makan Nasi Goreng USA, Lempeng Kelapa n Nes Tarik. Serius sedap...n banyak lauk dalam dia. Selain tu presentation dia pun menarik. So, cubalah korang datang semula ke kedai nie. Dijamin best.

Kedai ni terletak betul-betul di Traffic Light Jambatan Utama Bandar Segamat.

Aku dan lensa bergerak.

Aku terlintas nak buat blog nie sebab bila aku search kat internet nie, kurang maklumat tentang SEGAMAT. So kebetulan pulak, ramai perlukan info-info tentang Segamat nie, so aku pun buatla blog nie.

Secara PROnye, aku mmg pakai DSLR, tapi itu untuk business. Kamera besar gedabak gitu takkan nak bawa ke mana2 kan? So, kebetulan sekarang akudah pakai nset SE G900, yang ada kamera 5mp, so bolehla aku amik gambar bila2 aku suka...jd photojurnalist la kata orang. Kiki